Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

13 June, 2009

Acara Selepas Majlis Pertunangan

Adik, sedang mengagih-agihkan makanan (hantaran) kepada tetamu
Ini pulak kek yang diberikan kepada kami, cantik jugakkan?
Inilah hantaran kek yang kami beri kepada sebelah perempuan, cantikkan?
ni idea my SIL

Majlis Pertunangan Acu

Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar (dah macam kenduri kahwin lak!) kami mendoakan hubungan ini akan berterusan dengan majlis pernikahan dan dipayungi dengan kasih sayang berkekalan sehingga ke akhir hayat! Aminnnnnnn
Wajah kedua-dua ibu yang mengharapkan kebahagiaan anak-anak mereka
Orang membelat di tepi pantai,
banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.

Barisan Kakak-kakak yang cun bergambar dengan bakal adik ipar (bongsu)
Wan Chik, Mak, Wah dan Wan Su tak lepas peluang bergambar dengan Mila
Cenderawasih burung yang sakti, Singgah hinggap diatas karang. Kasih berputik didalam hati, Dari dahulu sampai sekarang. Singgah berenang di persiraman, Mayang terdedah didalam tasik. Kumbang merindu bunga di taman, Bintang merindu cenderawasih.
Pn Zaini sedang menyarung cincin merisik dan bertunang
senyum yea Mila..

hantaran kedua-dua belah pihak
warna biru sebelah lelaki & warna ungu sebelah perempuan, cantikkan?
Rombongan meminang tema warnanya biru, sejuk mata memandang...

Berapa tinggi pucuk pisang,
Tinggi lagi asap api.
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi harapan hati.Perahu kolek ke hilir tanjung, Sarat bermuat tali temali. Salam tersusun sirih junjung, Apa hajat sampai kemari?

Kuala Kangsar Bandar DiRaja



Seterusnya kami bawa budak-budakni ke Kuala Kangsar Bandar Diraja
sekurang-kurangnya dapat la diaorang mengenali dengan lebih dekat sejarah negeri Perak.
Along tak habis-habis sampai ja di istana, "Ampun Tuanku, Daulat Tuanku"
tak banyak dah maklumat yang terdapat dalam istana kenangan ini..elok pergi galeri Sultan Azlan, banyak info kat situ.



Layannnn gambar sepanjang kami di sana...







Cuti-cuti Sekolah

3 Mei 2009, dalam perjalanan balik ke umah mak, bawak la bebudakni jalan-jalan,
konon nak pergi Bukit Larut..Along dah seronok sangat beli macam -macam bekal nak bawa ke atas, sampai ja tiket dah habis, ingatkan pagitu ja dah habis rupa-rupanya untuk 1 hari dari pagi ke petang dah habis..kesian budak-budakni..
ok jalan-jalanlah kat bawah ni sahaja...
layan gambar yang di'snap' di kaki Bukit LarutHaqiem, Along,dan K,ngah tak lepaskan peluang bergambar kat papan tanda BUkit Larut
pemandangan berhadapan pejabat untuk beli tiket..
so tunggulah cuti sekolah nanti insy berkesemapatan kita pergi ramai-ramai.

12 June, 2009

Apabila Cuti Sekolah Bermula...




Cuti sekolah 2 mingguni macam-macam rancangan yang telah 'ter'sedia...
yang pastinya aktiviti wajib, majlis kenduri kahwin...
30 hb Mei telah bermula majlis perkahwinan 'member' kami yang 'agak brutal'
he he pasni jadi isteri orang tak boleh 'brutal' sangat yea...
Selamat pengantin baharu buat mimi & Nasrul
semoga berbahagia ke akhir hayat!!