Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

30 October, 2009

PERKARA-PERKARA MENJEMPUT BALA


Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:


1 - Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.

2 - Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.

3 - Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat/zakat diberikan sebagai pinjaman).

4 - Suami taat pada isteri.

5 - Anak mendurhakai ibunya.

6 - berbaik-baik dengan temannya (melebihi ibunya sendiri).

7 - (dan) menjauhkan diri dari bapanya.

8 - Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.

9 - Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.

10 - Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.

11 - Arak diminum di merata-rata tempat.

12 - Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).

13 - Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja. ( artis diberi anugerah melampau melebihi ulama’)

14 - Banyak muzik dimainkan.

15 - Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.


Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

---------------

27 October, 2009

PUNCA ANAK DERHAKA

permata hatiku


Siapa yang tidak menyayangi anak? Anak adalah permata hati yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Mereka perlu kita corakkan untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia mahupun akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" di mana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... .. bukan muka, punggung, telinga dan di tempat-tempat yang sensitif.... . itu salah...


"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.


Semasa umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka. Perkara yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Anak-nak boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah dan yang penting apabila ia balik ke rumah dia suka, dan pergi sekolah pun rasa seronok.


Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Ibu bapa boleh mencuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Hal inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepad kita...


Semoga anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat!Amin

26 October, 2009

Jalan-Jalan Cuci Mata

Ahad adalah hari untuk menghabiskan masa dengan keluarga setelah dari hari Rabu-Sabtu sibuk dengan kerja yang menuntut komitmen yang lebih. Kesian anak-anak banyak masa dihabiskan dengan pengasuh. Plannya hari Ahad, aku dan suami nak bawa diaorang jalan-jalan. Haqimlah terlebih gembira sebab dia dah tau tempattu macam mana.Mukhriz pun seronok jugak tapi dalam dunia dia sendiri ! Sambil 'jalan-jalan cuci mata' sempat jugalah membeli apa-apa yang patut. Lagipun duit hadiah birthday haritu tak sempat nak beli apa-apa lagi.

Mukhriz & Haqim bawa kereta ronda-ronda Megamall


seronok Mukhriz dapat naik gajah pusing

Haqim seronok sangat janji nak bawa jalan ditunaikan

kapalterbang anak gajah

keretapi chunggiton

sesekali bawa jalan-jalan, seronoklah anak-anak.

21 October, 2009

RUMAHKU RUMAHMU JUA

Gimik je tu!rumah aku rumah akulahkan?Rumah korang rumah korangle, manakan sama dengan rumah orang lain. Sebenarnya ada permintaan minta aku masukkan gambar terbaharu. aku pulak memang tengah sibuk, ni curi masa upload gambar untuk tatapan Jei. Layan yea...

ruang tamu

dry kitchen

pandangan dari dapur

wet kitchen

Tan n Yah di bilik tidur utama


antara tetamu yang datang menengok-nengok rumah


Yang akhirni, rumah kami, baru siap pasang grill, tapi banyak benda yang kami x puas hati dengan pemaju, doa-doalah semoga semuanya ok

20 October, 2009

ISU BERPOLIGAMI : MAMPU ATAU MAMPUS

SEKADAR HIBURAN MENCERIAKAN JIWA

Cerita ini diambil daripada blog seorang sahabat, sekadar untuk mengisi ruang kerja yang tenat!!
berehat sekejap sambil melayan cerita ini. (khas untuk yang bercita-cita...)

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS.... tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi... :)

sumber : isuhangat

15 October, 2009

DAH NAK SIAP??

Alhamdulillah, rumah Ana semakin lengkap. x lama lagi siaplah tu...tentu senang hati tengok perubahan demi perubahan yang berlaku, rumah aku pulak????

pintu utama
pandangan depan rumah
dari luar pagar
pandangan dari kiri

09 October, 2009

Punca-punca kesusahan dan penderitaan

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang. Semoga menjadi panduan kepada kita semua InsyaAllah.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil

02 October, 2009

Kenduri naik Buai Danial

Hari Sabtu 26/09/2009, kakak ipar yang selamat melahirklan bayi lelaki (bertambah lagi lelaki dalam family kami) buat kenduri naik buai anakanda tersayang pada hari tersebut. Nama baby baruni Muhammad Danial Irfan...(sebelum letak namani penuh dengan kontroversi) he he jangan marah aaaa....

Bagusnya siDanialni semasa orang dok berzanji, dia senyap je tidur selena-lenanya...baik sungguh anak mamani yea..biar sampai besar terus macamtu!

Antara makcik-makcik yang mengalunkan alunan merdu sehingga Danial terus dibuai mimpi-m,impi indah..
Yangni antara yang sempat berposing kat buai Danial, diperkenalkan Ana (ummi),Ibu tersayang (Kiara), Opah, Kak Long, Kak Ngah dan Alongga..mama Danial yang tersenyum manja.(seronok kami datangla tu!) Terima Kasih atas buah tangan yang agak banyak unutk kami.

Mama dibantu oleh kak Long dan Kak Ngah (kakak tersayang) mendodoikan danial dibuaian yang dihias indah!
semoga kehadiranmu Danial dalam family ini menambahkan kebahagiaan, kesejahteraan dan sebagainya...dalam kelauargamu (mama dan Ibu)

01 October, 2009

Rumah Siapani Yea?

Rumah siapani? Inilah rumah adik aku Ana yang turut dalam proses pembinaan. Cepat sungguh kontraktor Cinani buat kerja, tengok pada setiap minggu pasti ada sahaja perubahan yang berlaku. Yang paling penting mengikut jadual.


Dah nak siap, tak lama lagi di kediaman inilah ummi dan anak-anaknya menetap. Betulke tu ummi?
Berkenan betul aku tengok tiles luar rumah ni cantik? tapi nak buat macam mana aku tak mampu

Pandangle ke atas?



Ruangan dapur tempat ummi akan masak apabila family adik-beradiknya berkunjung tiba..bersedialah ummi

Tandas yang berwarna pink. Pilihan siapani?mentang-mentang 3 perempuan lawan sorang lelaki, kesian kat Sham!
Tandas yang bertemakan warna birunilah pilihan untuk Sham!

Kita tunggu perubahan yang seterusnya. Apa ummi letak nama rumahni?Villa apa?