Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

27 October, 2009

PUNCA ANAK DERHAKA

permata hatiku


Siapa yang tidak menyayangi anak? Anak adalah permata hati yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Mereka perlu kita corakkan untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia mahupun akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" di mana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... .. bukan muka, punggung, telinga dan di tempat-tempat yang sensitif.... . itu salah...


"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.


Semasa umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka. Perkara yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Anak-nak boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah dan yang penting apabila ia balik ke rumah dia suka, dan pergi sekolah pun rasa seronok.


Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Ibu bapa boleh mencuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Hal inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepad kita...


Semoga anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat!Amin

No comments: