Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

30 September, 2009

Dapur Oh Dapur

Setakatni inilah hasil renovation dapur TKB yang 'sekangkang kera'tu. Aku suruh dia letak tiles gelaptu depan dapurtu ada ke dia p letak kat sebelah atas, sedangkan yang sebelah atastu akan ditutup dengan kabinet.


Ruangan untuk aku memasak

Pandangan dari ruang makan

Dapur aku yang sekangkang kera

Sekarangni dok tunggu orang pasang grill barulah nak pasang kabinet...macam nak pindah dah!jadilah dapat tengok TKBni rasa satu kepuasan...ingat senang nak beli umah!!! Harap-haraplah semuanya mengikut perancangan...inipun dah banyak yang bermasalah...nasible!

29 September, 2009

Semarak Syawal 2009

Setelah tirai ramadhan berlabuh, lambaian syawal berkunjung tiba, semua umat islam yang berpuasa meraikan dengan penuh kemenangan.
Tahun ini kami sekeluarga merayakannya di rumah mak dan abah aku kecuali abang aku. (dua cawangan, tahunni ke Alor Star). Tema kami tahun ini purple, x kiralah purple macam mana tapi family aku warna purple gelap.

Inilah keluarga tersayang!!

Ayah & Mama
Haqiem & Mukhriz

Bonda dan ayahanda (cucu kesayangan)


Pak Yang dan Mak Yang
Amiera dan Fateh

Pak Uda dan Ummi
Athierah dan Damia

Pak Teh dan Mak Teh

Cucu-cucu penyeri keluarga
(lagi 7 beraya di rumah opah yang lain)
Alhamdulillah, kemeriahan berhari raya bersama keluarga dirasai. apatah lagi dengan kehadiran cucu-cucu yang semakin menginjak dewasa, macam-macam peel...
Semua family bergambar tapi gambar acu je takde...tahun depan acu akan bergambar dengan mak su Mila...sabo yea acu!
Semoga Kasih sayang yang tercipta diantara kita terus berpanjangan hingga ke akhir hayat!
Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah...jika kesilapan hari ini menyakitkan, harap lupakanlah, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

12 September, 2009

Biskut Raya 2009

Mingguni semua hampir keseluruhan manusia yang beragama islam berada dalam mood raya. Persiapan raya tentu telah disiapkan memandangkan berapa hari lagi menjelang Hari Raya.

Semalam aku sempat menyiapkan 2 jenis biskut. Biskut Almond London dan Cornflakes Crunchy, tak taula sedap ke tak tapi untuk makan-makan bolehla. Tahunni terpaksalah buat kat rumah sendiri sebab sibuk dengan tugas-tugas rutin selepas peperiksaan. kalau buat di rumah mak ada juga pembantu seperti Kak Long, Kak ngah dan Along selain Penyibuk kecil aku (Haqim) sekarangni Mukhriz. Apa saja yang aku buat ada saja pertanyaannya. Apa yang menyeronokkan ialah anak aku dah pandai makan biskut, sikit-sikit nak makan. Jangan risau Mak Ngah akan bawa balik rumah opah, siapa nak mintak je ok! Almond London untuk Mira, Mak ngah akan asingkan, tunggu... Harini aku plan nak sambung lagi, tengok mood rajin macammana...

"Selamat Berbuka Posa" time berbuka yang betullah!


11 September, 2009

TKB dalam proses pengubahsuaian


Seperti orang lain gak, kami pun bila TKB dah dapat CF cita-cita untuk mengubahsuai rumah tercetus dijiwa. Tambahan pula, akuni tak suka dapur kecil tapi nak buat macamana, he he itu ja yang termampu! Tambah sikit itu dan ini huh hampir rm30 ribu...pening gak kepalani, tambah-tambah dekat nak raya..tapi terpaksalah kuar duit yang mana ada...yang xda tutup ja mata!
ni jelah yang mampu diubahsuai yang penting bahagian dapurnya!!



Bukannya tambah besar mana pun, sekangkang kera je,
tapi macamtu je, ribu-ribuan mahalnya!


panjang sikitla dapur aku!
ada ke kontraktor yang ubahsuai TKBni kata dapur dibina kecil sebab
rumahni standard orang yang suka makan kat luar, ke situ pulak...

jalan ke tempat makan yang telah diubahsuai, cantik x?

bawah tanggani pulak buat stor, blehla simpan barang-barang yang mana patut

Teratak Kasih Bersemi

Inilah Teratak Kasih Bersemi yang dimiliki sebagai tempat perlindungan kami sekeluarga. Bukan rumah banglo atau lot mewah hanyalah sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak ditengah-tengah. (bukan lot tepi) tetapi cukup bermakna dalam hidup kami suami isteri setelah melayari bahtera rumahtangga selama 6 tahun lebih...


pintu kayu disebelah kiri

pintu sliding kat sebelah kanan

tangga di tengah-tengah umah

dapur basah

tandas kat bilik utama

Hasrat untuk berpindah nampaknya tak dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana masalah-masalah tertentu...tunggu tahun depan je la!
Semoga Kebahagian dan keberkatan sentiasa melimpahi dalam kehidupan kami sekeluarga, amin!!

06 September, 2009

Rumah Ana

Ha ini pulak rumah adik aku Ana, rezeki dia dapat beli tanah lot, maka tersergamlah sebuah banglo mewah...diani walaupun bergaji sederhana tapi pandai jimat wo...ada je yang dia dapat save budget, walaupun kekadang time shopping terlajak gak..janji pek! he he he bak kata Jei.
Apapun memang rezeki dialah...

ok layan gambarla..
sekarangni dah pasang bumbung, kontraktor rumah diani memang cepat betul..
rasanya tak lama lagi siapla ni!


pandangan daripada belakang
itu tingkap dapur
ini ruang tamu, pintu nak masuk rumahlah tu!
Masa gambarni diambil belum pasang bumbung lagi
pandangan dari hadapan!
Pandangan rumah Ana daripada Jalan di hadapan rumah
Laluan ke dapur daripada luar
Inilah anak sulung adik aku, kami pergi tengok rumah, dia pulak
sempat jadi 'taiko' main pasir di hadapan rumah dia, tolak duit rayer!

Rumah oh rumah

Tahunni nampaknya masing-masing kena 'budget' untuk masuk rumah. Kami 3 beradik (Abang aku-Cha, adik aku-Ana, dan rumah aku sama-sama dalam proses, maka budget Raya tahunni pun terpaksa dijimatkan!

Ini rumah abang aku, diaorang sekeluarga x masuk rumah lagi memandangkan dia di Sabah sibuk mencari rezeki untuk anak-anak, tambahan Rayani..
Rumah dia banglo, nak masuk rumah pening-pening..katanya.
masa pergini kami pergi ke tiga buah rumah sekali bawa budak-budak, seronoknya diaorangni x terkata, itu nak pegang, ini nak pegang..adoi, tensionnya!

Lepasni jika nak berbincang semua kena tinggal!

Along dengan Insyirah main tolak-tolak pagar
ruang tamunya luas

dapur kering yang belum diubahsuai

tandas dalam bilik utama, cantikkan?