Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

10 November, 2010

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran bulan nov

Pada 30 Oktober 2010, satu majlis doa selamat telah diadakan di kediaman ayahnda dan bonda tercinta bagi meraikan majlis ulangtahun kelahiran 4 orang ahli keluarga. Pada 1 Nov. bonda tercinta,Hjh Zaini md Ariffin, diikuti 5 Nov, adinda Farahwahida, 25 Nov, adinda Milatulshahfairuzzana (huh pjgnya nama) & adinda yang bongsu pada 29 Nov muhammad Fazrul Idham @ adik @ pai @ acu....

Dikesempatan yang terluang, majlis disambut secara kecil-kecilan dengan mendoakan semoga insan yang disayangi ini akan sentiasa berada dlm lindungan dan limpahan kasih syg, serta mendapat keberkatan olehNYA. Didoakan agar hubungan kekeluargaan yang sedia ada sentiasa dirahmati!amin..

Selainnya, kita lyn gambar..


kek hari lahir yang ditaja oleh insan yg menyambut hari lahir

antara menu yang disediakan





triffle

tomyam
mihun goreng
tetamu yg hadir


pulut kuning

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Acu, Mak Su, opah & mak Teh,
Allah selamatkan kamu!!!!



05 August, 2010

Bukit Fraser

Sebagai menunaikan hajat abah, maka kami sekeluarga telah menetapkan untuk ke Bukit Fraser pada sabtu x ingatle pulak tarikhnya...
Penginapan yang disediakan oleh TNB sangat menarik..ala-ala kat oversea gitu...
ada pulak taman permainan..amboi budak2 tu apa lagi..itule kejenya naik turun pergi main...
aku pulak????aduhai teruk sakit kepala sampai muntah-muntah masa nak naik bukit frasertu...(serik nak naik lagi rasanya!!)
ha ha ha, apa-apa pun layan gambar-gambar yang sempat di snap masa di sana!!


Di sinilah kami beratur sebelum bergerak naik ke atas..
(masani aku dah pening2 lalat dah!)

tangga nak naik umah...haqim & the geng
(budak bj kuningtu tinggal kat rumah bwh..kejapnya dah jadi member!!)
Fateh yang jumpa mencapai kameraku..
spesies rama-rama yang muncul dicermin pada awal pagi..




lengkap peta dan jadual waktu naik turun
kediaman kami
abang & adik
haqim berjumpa dgn membernya seiras x kami???
tum pasei airr...kaka long & kaka ngah berdendang ria
pertandingan mencari brg tersembunyi
time makan (makan mlm disediakan oleh chef Mila & Kiara)
bergambar kenangan seisi keluarga
bacaan yassin
waktu mlm bergambar kat beranda..sejukkkk
rebut jgn x rebut...pertandingan merebut gula-gula
(mama yg prihatin, he he he)
johan permainan dam ular, hu hu hu
hadiah atok : wow cantiknya semuanya biru!!

hadiah yg dimiliki

akhirnya..bergambar kenangan bersama ahli keluarga tersayang!!

14 July, 2010

KEISTIMEWAAN WANITA

Berbahagialah menjadi wanita...terdapat banyak keistimewaan yang diberikan kepada wanita. berikut ialah antara keistimewaanya...

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tolaK perak.

23.Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah"

08 July, 2010

HAPPY BIRTHDAY MUKHRIZ

Bersamaan 3 Julai 2010, aku merancang untuk meraikan ulangtahun kelahiran anakanda tersayang, Muhammad Athir Mukhriz yg sepatutnya pada 07/07/2010. Memandangkan cuti2 ramai ahli keluarga berkumpul maka dari Kl lagi aku dah tempah kek khas untuknya.
Mulanya nak tempah kek Ultraman untuk "Man" mamani, malangnya takde...maka ni la kek birthday mukhriz yg ke-3 tahun..Ben 10...
Apa-apa pun mukhriz happy sangat...seronok bila first time meraikan hari lahir...mujur abangnya faham harini birthday adik!!


Mukhriz yang malu2 bila diajak bergambar


Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Muhammad Athir Mukhriz!!Allah selamatkan kamu !!!



tersenyum anakandaku ini...


mujurlah ada ummi yg membantu, tq ummi!!


Gaya seorang birthday boy!

bacaan doa selamat oleh atuk






Mukhriz sempat berposing ala-ala ultraman


mari makan kek !!


mari kita serbu makanan...



mama sempat luangkan masa dengan mukhriz...sayang adikk!! muahhhh

alhamdulillah abang x minta pun hadiah, dia cuma tumpang happy untuk adiknya!!

menu utama majlis : kuetiaw


pulut & rendang daging sedapnyaaaa...

kentang goreng menu favourite (licin awal)

puding agar2ku x laku sebab menu seterusnya


aiskrim..huh sedapnya!!
jangankan kata budak2 mak bapak budak2 pun sama naik, memang sedap...
tak caya tengokla atuk pun dah jadi budak2, hi hi hi...

hensemnya ropa atukkan???

pening kepala mukhriz nak terima atau tak ada insiden lucu masani!!


hadiah dari opah & atuk..terima kasih


abang dah cop satu pistol airtu!!


sayang uda..& ummi, terima kasih hadiah ultraman!!


terima kasih Mak Long!


ni hadiah drpd Mak Long sekeluarga
masa dia tengok hadiahni mata bulat terkejut sgt2...
semua org tergelak masani!!


terima kasih Mak Teh & Pak Teh, cantiknya baju (pakai hari raya nanti!)
awat muka Mak Teh jadi lagutu?? he he he..


hadiah daripada Mak Su..tima kacih Mak Su! Acu punya hadiah maner???


cantiknya jam tangan 'Ultraman'...

comelnya anak mama disamping hadiah birthdaynya!

abang pun tumpang sekaki dah


sepupu sepapat yg meraikan ulangtahun mukhriz...enjoy!!

peace !!


hip!hip! hurrayy!!
alhamdulillah segala2nya berjalan lancar....terima ksih yang tak terhingga kepada semua yang membantu menjadikan majlis ini satu kenyataan!hi3..jasa kalian tetap dikenang..terima kasih sekali lagi...
Buat anak mama, 'Semoga dirimu menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia serta di akhirat!!Amin....