Alhamdulillah, akhirnya perancangan nak ke Genting Hinglands berjalan lancar
walaupun pada mulanya ada beberapa masalah tercetus tiba-tiba...
ikutkan ni Hari Keluarga yang ke-3, 1. kat Teluk Dalam Resort,Pulau Pangkor, 2. Port Dickson n 3. Genting Hinglands..yang keempat kata nak buat kat Pulau Perhentian atau Pulau Langkawi..tak tau la tunggu thn depan..
so layanla gambar-gambar yg sempat disnap sepanjang di sana..sana..sana..
Harini exam PTK, x taula keputusannya harap-harap kalini dapat 4.... niat nak update untuk foto Family day kat Genting Hinglands belum berjaya, kekangan masa menyebabkan permintaan ummi untuk lihat gambar-gambar GH secepat yang mungkin x dapat dilaksanakan sabo yea ummi, akan ku cuba... tu la orang nak ajar buat blog sendiri tak nak.. kan best ada blog sendiri!!! tunggu .. insya Allah sempat mlmni x esokla jangan marah.....
Ingat senang ke nak merancang sesuatu??? plan Hari keluarga nak ke Genting Hinglands pada tahunni memang dah rancang awal-awal tahun lepas.. so insyallah xde aral esok kami akan ke genting Hinglands. Selain projek utama family "cuti-cuti keluarga" kami gak nak bawak anak-anak yang semakin menginjak dewasa, ala budak-budak lagi..untuk seronok-seronok!! Semoga segala-galanya berjalan dengan lancar,dan 'surprised' utk 3 orang tu akan berakhir dengan kegembiraan... walaupun beberapa harini memang sibuk..macam x cukup tangan nak buat itu dan ini... mana nak setle kerja yg x habih-habih...ditambah plak aktiviti hari keluarga yang dipertanggungjawabkan pada pundak ini... memang rasa tak larat.. tapi demi keluarga yang tercinta...segalanya rela... sementara semuanya masih ada...inilah peluang untuk merapatkan hubungan kekeluargaan semoga kasih sayang ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat! (sedih la pulak!)