Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

21 April, 2010

Hebahan maklumat kpd keluarga...

Pada bulan April ini satu majlis bacaan yassin akan diadakan di rumah abang Nuar dan Bam...Jadi kami sekeluarga amat mengalu-alukan kedatangan semua ahli keluarga pada malam itu...Maklumat kenduri:
Masa: 7.30 mlm
Hari: Sabtu (Cuti hari pekerja)
Mai jangan tak mai...makanan dan tempat tinggal disediakan...

10 April, 2010

KENDURI PERKAHWINAN ADIK YG BONGSU

Oleh kerana banyak permintaan meminta aku mendownloadkan gambar bersejarah ini..maka terimalah...Majlis perkahwinan di sebelah pengantin lelaki, temanya biru turqoise.
layan gambar yea...

PELAMIN PILIHAN DUA JIWA













APABILA KOMPANG DIPALU















PENGANTIN MULA BERARAK
















SEBELUM MASUK JUMPA MENTUA DULU














BAGAI PINANG DIBELAH DUA














BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA














SANTAPAN BERADAT














BERSAMA BONDA & AYAHANDA (SEBELAH LELAKI)













AYAHANDA & BONDA (SEBELAH PEREMPUAN)

Bersama Along














AHLI KELUARGA SEBELAH LELAKI (Amboi, ramaiiiiinyaaa!)














TEMAN-TEMAN PERSEKOLAHAN














SANAK SAUDARA














ACHIK & FAMILY














SAUDARA-MARA DR TELUK INTAN & TROLAK













DATUK HUSNI & ISTERI TURUT HADIR
















family Abangku - 1














family abangku-2














my family













Hero kesayanganku
(Haqim & Mukhriz)













Jei & Lin sekeluarga













Ana & Sham sekeluarga













Gee & Li sekeluarga













Adik beradik & ipar duai
lelaki














Adik beradik & ipar duai perempuan














Anak-anak saudara














Mari memotong kek bersama pengantin




















makanlah ayang...














pengantin sempat berkaraoke














Walaupun agak penat menguruskan majlis perkahwinan adinda yang bongsuni....tapi alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar...
Doa kami adik beradik semoga perkahwinan ini direstui oleh ALLAH & berakhir ke akhir hayat!!Amin

Harap insan2 yang teringin nak tengok gambar perkahwinan ini akan berpuas ati yek??

10 March, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ADIK

Majlis akad nikah dijalankan pada sebelah petang selepas asar jam 5.30 petang pada tarikh 6 hb Mac 2010. Majlis perkahwinan pada keesokan harinya 7 hb Mac 2010.















Semasa akad nikah - gabra ke dik??




















pengantin perempuan sabar menanti - dalam hati turut berdebar-debar















pada hari kenduri di sebelah perempuan















segak tampan, cantik menawan dua mempelai di atas pelamin



Semoga berbahagia ke akhir hayat!

02 November, 2009

KEISTIMEWAAN SEORANG WANITA


19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


ALHAMDULILLAH BERUNTUNG INSAN YANG MENJADI SEOARANG WANITA YANG SOLEHAH !