Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

23 November, 2011

meraikan hai lahir mama

Kebetulan tarikh lahir mama jatuh pada hari cuti, sms yang diterima x henti2...dan di fb pun sama, terima kasih pd semua yang mengingati...hari tuoku...hehehehe....
Anakandaku, haqim pulak baru baik demam, tetiba minta sup cendawan Pizza..em..mama pun suka, ayah pun kata jom p makan pizza kat Megamall Penang, konon2 meraikanlah birthday mama, jom layan gambar...
Anakandaku Mukhrizni memang pantang ada kamera,  kdg2 dia yang sibuk nak snap gambar...em..

Mama dengan haqim & Mukhriz..


Ayah dengan Mukhriz & Fayyadh


My baby...Muhamad Azhad Fayyadh (pandai tengok kamerani)


Mama dengan Fayyadh...

Harini happy...makan2 dengan anak2...haqim pun dah sembuh, 
dapat hadiah birthday (he3)enjoy!!

22 November, 2011

Anakandaku pergi lawatan


Sewaktu aku ambil Haqim dari sekolah..kecoh mulut dia bercerita cikgu nak bawa pergi lawatan ke Zoo Taiping..teruja sangat!sangat! Em..tanya ayah dulu boleh ke tak...
kebetulan pula ayah kena kursus ke Klang seminggu ada urusan rasmi, hmmm..mcmne mama nak hantar, pengasuh pulak adiknya akad nikah pada haritu..mujurlah ada ummi n pak uda dtg menemani..alhamdulillah!

 Bersiap-siap nak pergi, bangun pagitu xde masalah sebut je nak pergi Zoo 
lajuje bangun..(macam x pernah pergi Zoo Taiping)

 Sempat berposing sebelum pergi (mama yang suruh)


Sampai ke tadika, ramai dah kawan-kawan berkumpul..
cikgu suruh masuk kelas sementara menunggu bas

 Lepak dulu sementara kawan baik belum sampai


Budak-budakni dah x sabar nak naik bas


Cikgu suruh berkumpul dalam kelas, inilah aktiviti budak2ni mana boleh senyap!

Haqim dah jumpa member baik

 Haqim, Adam & Afiq

 Ibu bapa yang menghantar anak-anak

 Bas dah sampai, budak-budakni terus menderu nak naik bas termasuklah Haqim, 
bukannya nak salam mama dulu, bertuah betul!!


Bas berlalu pergi

pada mulanya memang aku macam x nak bagi dia pergi, kecik lagi...tapi kesian pula ntah lepasni dpt pindah dia x jumpa member2 dia lagi...Alhamdulillah dia selamat pergi dan selamat balik..seronok x terkata...

21 November, 2011

HARI RAYA 2011


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2011
SEMOGA SEGALA KESALAHAN TERAMPUN DAN KITA SALING BERMAAF-MAAFAN
( walaupun Hari Raya dah lama berlalu tapi dikesempatan yang ada aku tetap nak upload gambar raya)

Di pagi Hari Raya, suasana dah menjadi riuh, mana yang bersiap nak ke masjid, ada yang menanti isteri mengosok baju dan sebagainya. Keriuhan inilah yang pasti menggembirakan hati ibu bapa...
Raya kalini semakin seronok..keluarga yang semakin bertambah..
Gambarni pula menunjukkan suasana sebelum sesi bermaaf-maafan..masing-masing membetulkan apa-apa yang patut...

Okey, cepat! anak sulungni nak mulakan dulu, xde wakil pun jadilah...


 Tinggal kenangan - Kak chik menangis & merajuk x dpt rantai,
atuk pinjam rantai opah pakaikan pd k.chik he3...

 Budak2ni dah bersedia, so meh kita snap gambar diaorg dulu!


Chewah, bila atuk & opah berposing..(teringat zmn dolu2 ke?)

 family abangku- Mak Long ngan anak2...Pak Long mana ek?


 Inilah gambar kami sekeluarga, bukan sng nak ambil gambar, mcm2 peel...

 my brother n sil,  tgk aksi Boboboi...(cute sgt!)


family adik perempuanku



 Acu & Mak Su bersama faris

 boboboi joint haqim & mukhriz berguling...

semua bersalam-salaman dengan atuk & opah

dapat duit raya lagiii...

 tgk muka si hensem boyni..boboboi boy!! (nasi impit mana??)

 
 Fayyadh dah letih, mengantuk x peduli org lain


gambar di bwh : Fayyadh dgn abg. Haqim

20 November, 2011

Konvo anakku Haqim

Pejam celik pejam celik, dah beso anak sulungku...harini tamatlah dia di tadika. tahun depan dah masuk tahun satu...mama sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu haqim, (yealah setiap ibu bapa tentu mendoakan yang baik2 untuk anak2nya)


melangkah masuk ke dewan
aku tak dapat pergi ke majlisni, hatitu memang nak pergi tapi payah bawa baby kecik dengan cuaca yang x menentu...so yang pergi hanyalah ayah dan mukhriz.
menyanyikan lagu nasyid bersama-sama kawan sekolah TASKI ABIM
 asyik mengalunkan lagu nasyid


 salam bukan cium tangan tapi letak kat dahi..(dapat hadiah saguhati je!)

Perkembangan pendidikan anak aku bukanlah hebat sangat pun tapi dari pertengahan tahun ke akhir tahun banyak peningkatan. (mungkin masatu mama pregnant, x banyak masa diluangkan untuk anak aku yang sorangni!)hehehehe kesian dier...tapi nak exam akhir tahunni bila study dgn dia...banyak juga improvement...alhamdulillah! Mama yang risau haqim nak naik tahun satu...kesimpulannya makin anak dewasa, makin banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh ibu bapa..harap-harap aku mampu lakukannya.


 



sempat lagitu...Haqim berposing di luar dewan dengan Mukhriz!

Sebenarnya, bukan mudah menjadi seorang ayah dan mama...em..banyak tanggungjawab yang perlu digalas untuk mendidik anak2..Semoga mama dan ayah mampu mendidik kalian, (Haqim, Mukhriz & Fayyadh dengan baik ke jalan yang diredhai olehNYA!aminn...

19 November, 2011

Pabila cuti sekolah bermula

Dah start cuti sekolah...
Tentu macam-macam aktiviti yang dirancang bersama keluarga...
meh layan cerita dan gambar yg telah lama disnap tapi x sempat nak upload...
cuti2ni kita layan cerita....meh tgk gambar!!

Bawa anak-anak ke JJ Perda, tetiba ada pula Pusat Sains Negara buat pameran Dinotrek2...
anak-anak pun teruja. (mama & ayah pun teruja gak..kecik2 dulu x merasa pun!)


Rangka dinasourni boleh digerak-gerakkan guna alat kawalan, 
seronokla Haqim & Mukhriz main bendani...

Ni pula jalan rahsia, kita kena jawab soalan dulu baru pilih jalan,
kalau salah sesatla jawabnya..ada gak 2-3 kali sesat (jalan mati)


Replika anak-anak dinasour..mmg mcm real..siap bunyi2 lagi...


Game dinasour, kayuh laju2 untuk elak daripada digigit dinasour...seronoknya Haqim!!


 Anak-anak ikut jejak mama & ayah (cikgu sejarah) cari fosil ( sampai tak nak balikla...)


Yangni pulak puzzle dinasour...haqim & mukhriz memang suka game puzzle...
so mama & ayah terpaksa sabo menunggu, nasib baik adik Fayyadh ok je...

19 July, 2011

Ahli Baharu 2011

Alhamdulillah,

Pada tarikh 25 Mei 2011, aku selamat melahirkan  anak lelaki yg ku beri nama Muhammad Azhad Fayyadh.(yang zuhud & pemurah).
Walaupun pelbagai dugaan yang aku tempuh semasa mengandung & melahirkannya..hati terubat apabila segala2nya selamat. Alhamdulillah

Inilah wajah puteraku yang ke-3

Semoga dengan kehadirtan cahayamata ini, akan membahagiakan kami sekeluarga, aminn!

03 July, 2011

Kenduri Kesyukuran

Dijemput semua adik-beradik datang ke rumah kami di Tg Perdana, untuk majlis Kesyukuran...majlis bermula pada pukul 10 pagi...tarikhnya pada 10 Julai 2011