Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

06 September, 2009

Rumah Ana

Ha ini pulak rumah adik aku Ana, rezeki dia dapat beli tanah lot, maka tersergamlah sebuah banglo mewah...diani walaupun bergaji sederhana tapi pandai jimat wo...ada je yang dia dapat save budget, walaupun kekadang time shopping terlajak gak..janji pek! he he he bak kata Jei.
Apapun memang rezeki dialah...

ok layan gambarla..
sekarangni dah pasang bumbung, kontraktor rumah diani memang cepat betul..
rasanya tak lama lagi siapla ni!


pandangan daripada belakang
itu tingkap dapur
ini ruang tamu, pintu nak masuk rumahlah tu!
Masa gambarni diambil belum pasang bumbung lagi
pandangan dari hadapan!
Pandangan rumah Ana daripada Jalan di hadapan rumah
Laluan ke dapur daripada luar
Inilah anak sulung adik aku, kami pergi tengok rumah, dia pulak
sempat jadi 'taiko' main pasir di hadapan rumah dia, tolak duit rayer!

Rumah oh rumah

Tahunni nampaknya masing-masing kena 'budget' untuk masuk rumah. Kami 3 beradik (Abang aku-Cha, adik aku-Ana, dan rumah aku sama-sama dalam proses, maka budget Raya tahunni pun terpaksa dijimatkan!

Ini rumah abang aku, diaorang sekeluarga x masuk rumah lagi memandangkan dia di Sabah sibuk mencari rezeki untuk anak-anak, tambahan Rayani..
Rumah dia banglo, nak masuk rumah pening-pening..katanya.
masa pergini kami pergi ke tiga buah rumah sekali bawa budak-budak, seronoknya diaorangni x terkata, itu nak pegang, ini nak pegang..adoi, tensionnya!

Lepasni jika nak berbincang semua kena tinggal!

Along dengan Insyirah main tolak-tolak pagar
ruang tamunya luas

dapur kering yang belum diubahsuai

tandas dalam bilik utama, cantikkan?

17 August, 2009

Selamat Hari Lahir Mukhriz Yang ke-2

Kesibukan dengan tugasan menyebabkan gambar ini agak lewat dimuat turun.

Hari Lahir anakku yang ke-2 ini ialah pada 07/07/2007, ramai yang teruja dengan tarikh kelahiran anak aku yang sorangni...bukannya dirancang semuanya kehendak Yang Maha Esa.
Semoga Muhammad Athir Mukhriz b Anuar, akan menjadi insan dan anak yang soleh serta berguna di dunia dan akhirat ! Amin

Gambar tak dapat disiarkan kerana masalah teknikal. nanti kalau aku sempat aku akan pertontonkan kepada semua. Peminat setiatu bawa-bawalah bersabo!

04 August, 2009

Dah beso dah

Al kisahni gambar terbaharu sebuah keluarga yang paling disayangi oleh kami sekeluarga. Lamanya tak berjumpa dengan diaorangni..sebenarnya anak-anak (2 org je) Kak Su ni emak aku jaga daripada kecil lagi..masatu pun adik yg bongsu dah tingkatan 1, jadi anak2 dia memang manjalah dengan kami, terutama Shazwan dan Shafiqah..yang lain-laintu tak berapa nak rapat.
Siap ada nama gelaran lagi 'Shoden' dengan 'Jabiqaqa" ntah apa-apa ntah!!gambarni baru diambil pada 1/08/09 baru-baruni, itupun diaorang sekeluarga singgah rumah mak..Kak su siap telefon aku lagi..rindunya..Khabarnya Shazwan dah tingkatan 1, malu-malu dan senyap ja..sedangkan sebelumni rumah maktu dialah raja..shafiqah plak suka senyum..he he he itu dulula sekarang akupun dah ada anak 2..
Padanlah lama Kak Su dan Abg Shukri menyepi, asyik berpindah-randah, dari Melaka ke Sarawak pastu kemana-mana lagi, cuma sekarangni kat Penang plak..tengoklah ada masa boleh pergi rumah diaorang!

13 June, 2009

Acara Selepas Majlis Pertunangan

Adik, sedang mengagih-agihkan makanan (hantaran) kepada tetamu
Ini pulak kek yang diberikan kepada kami, cantik jugakkan?
Inilah hantaran kek yang kami beri kepada sebelah perempuan, cantikkan?
ni idea my SIL

Majlis Pertunangan Acu

Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar (dah macam kenduri kahwin lak!) kami mendoakan hubungan ini akan berterusan dengan majlis pernikahan dan dipayungi dengan kasih sayang berkekalan sehingga ke akhir hayat! Aminnnnnnn
Wajah kedua-dua ibu yang mengharapkan kebahagiaan anak-anak mereka
Orang membelat di tepi pantai,
banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.

Barisan Kakak-kakak yang cun bergambar dengan bakal adik ipar (bongsu)
Wan Chik, Mak, Wah dan Wan Su tak lepas peluang bergambar dengan Mila
Cenderawasih burung yang sakti, Singgah hinggap diatas karang. Kasih berputik didalam hati, Dari dahulu sampai sekarang. Singgah berenang di persiraman, Mayang terdedah didalam tasik. Kumbang merindu bunga di taman, Bintang merindu cenderawasih.
Pn Zaini sedang menyarung cincin merisik dan bertunang
senyum yea Mila..

hantaran kedua-dua belah pihak
warna biru sebelah lelaki & warna ungu sebelah perempuan, cantikkan?
Rombongan meminang tema warnanya biru, sejuk mata memandang...

Berapa tinggi pucuk pisang,
Tinggi lagi asap api.
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi harapan hati.Perahu kolek ke hilir tanjung, Sarat bermuat tali temali. Salam tersusun sirih junjung, Apa hajat sampai kemari?