Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

20 November, 2011

Konvo anakku Haqim

Pejam celik pejam celik, dah beso anak sulungku...harini tamatlah dia di tadika. tahun depan dah masuk tahun satu...mama sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu haqim, (yealah setiap ibu bapa tentu mendoakan yang baik2 untuk anak2nya)


melangkah masuk ke dewan
aku tak dapat pergi ke majlisni, hatitu memang nak pergi tapi payah bawa baby kecik dengan cuaca yang x menentu...so yang pergi hanyalah ayah dan mukhriz.
menyanyikan lagu nasyid bersama-sama kawan sekolah TASKI ABIM
 asyik mengalunkan lagu nasyid


 salam bukan cium tangan tapi letak kat dahi..(dapat hadiah saguhati je!)

Perkembangan pendidikan anak aku bukanlah hebat sangat pun tapi dari pertengahan tahun ke akhir tahun banyak peningkatan. (mungkin masatu mama pregnant, x banyak masa diluangkan untuk anak aku yang sorangni!)hehehehe kesian dier...tapi nak exam akhir tahunni bila study dgn dia...banyak juga improvement...alhamdulillah! Mama yang risau haqim nak naik tahun satu...kesimpulannya makin anak dewasa, makin banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh ibu bapa..harap-harap aku mampu lakukannya.


 



sempat lagitu...Haqim berposing di luar dewan dengan Mukhriz!

Sebenarnya, bukan mudah menjadi seorang ayah dan mama...em..banyak tanggungjawab yang perlu digalas untuk mendidik anak2..Semoga mama dan ayah mampu mendidik kalian, (Haqim, Mukhriz & Fayyadh dengan baik ke jalan yang diredhai olehNYA!aminn...

19 November, 2011

Pabila cuti sekolah bermula

Dah start cuti sekolah...
Tentu macam-macam aktiviti yang dirancang bersama keluarga...
meh layan cerita dan gambar yg telah lama disnap tapi x sempat nak upload...
cuti2ni kita layan cerita....meh tgk gambar!!

Bawa anak-anak ke JJ Perda, tetiba ada pula Pusat Sains Negara buat pameran Dinotrek2...
anak-anak pun teruja. (mama & ayah pun teruja gak..kecik2 dulu x merasa pun!)


Rangka dinasourni boleh digerak-gerakkan guna alat kawalan, 
seronokla Haqim & Mukhriz main bendani...

Ni pula jalan rahsia, kita kena jawab soalan dulu baru pilih jalan,
kalau salah sesatla jawabnya..ada gak 2-3 kali sesat (jalan mati)


Replika anak-anak dinasour..mmg mcm real..siap bunyi2 lagi...


Game dinasour, kayuh laju2 untuk elak daripada digigit dinasour...seronoknya Haqim!!


 Anak-anak ikut jejak mama & ayah (cikgu sejarah) cari fosil ( sampai tak nak balikla...)


Yangni pulak puzzle dinasour...haqim & mukhriz memang suka game puzzle...
so mama & ayah terpaksa sabo menunggu, nasib baik adik Fayyadh ok je...

19 July, 2011

Ahli Baharu 2011

Alhamdulillah,

Pada tarikh 25 Mei 2011, aku selamat melahirkan  anak lelaki yg ku beri nama Muhammad Azhad Fayyadh.(yang zuhud & pemurah).
Walaupun pelbagai dugaan yang aku tempuh semasa mengandung & melahirkannya..hati terubat apabila segala2nya selamat. Alhamdulillah

Inilah wajah puteraku yang ke-3

Semoga dengan kehadirtan cahayamata ini, akan membahagiakan kami sekeluarga, aminn!

03 July, 2011

Kenduri Kesyukuran

Dijemput semua adik-beradik datang ke rumah kami di Tg Perdana, untuk majlis Kesyukuran...majlis bermula pada pukul 10 pagi...tarikhnya pada 10 Julai 2011

01 February, 2011

Gambarni diambil semasa cuti persekolahan akhir tahun yang lalu( Disember 2010)
Haqim & Along yang beria-ia nak ke Zoo Taiping, so kami plan..dan akhirnya...

layan gambar yea...ibu-ibu masani x larat nak jalan jauh so banyak melepak dan naik 'train' je..yang aktif Along & Haqim di bawa meronda-ronda sekitar Zoo oleh pemandu pelancong yang tak bertauliah, Pak Ngah, ngehee...he3.

pemandangan dlm train

antara yang bersemangat dapat naik train, duduk depan sekali pulak tu!!












sempat berposing- haqim dah ngamuk x larat

Along ngan family






walaupun diorgni penat..tetapi punyalah seronok asyik bercerita x habis2...tapi yang paling kelakar bila opah tanyaHaqim boleh cakap kat opah..kaki dia dah nak patah, kalau opah x percaya pergilah ronda Zoo Taiping, he3..semua yang dengar tergelak!!
Haqim plan nak pergi Zoo Negara pulak, tunggulah adiknya besar sikit..insyallah!!

10 November, 2010

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran bulan nov

Pada 30 Oktober 2010, satu majlis doa selamat telah diadakan di kediaman ayahnda dan bonda tercinta bagi meraikan majlis ulangtahun kelahiran 4 orang ahli keluarga. Pada 1 Nov. bonda tercinta,Hjh Zaini md Ariffin, diikuti 5 Nov, adinda Farahwahida, 25 Nov, adinda Milatulshahfairuzzana (huh pjgnya nama) & adinda yang bongsu pada 29 Nov muhammad Fazrul Idham @ adik @ pai @ acu....

Dikesempatan yang terluang, majlis disambut secara kecil-kecilan dengan mendoakan semoga insan yang disayangi ini akan sentiasa berada dlm lindungan dan limpahan kasih syg, serta mendapat keberkatan olehNYA. Didoakan agar hubungan kekeluargaan yang sedia ada sentiasa dirahmati!amin..

Selainnya, kita lyn gambar..


kek hari lahir yang ditaja oleh insan yg menyambut hari lahir

antara menu yang disediakan





triffle

tomyam
mihun goreng
tetamu yg hadir


pulut kuning

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Acu, Mak Su, opah & mak Teh,
Allah selamatkan kamu!!!!