Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

07 July, 2010

Jalan-jalan ke Nilai, Bangi, PULAPOL, SOGO....


Sabtu 3hb Julai 2010.

Hari Jumaat, seusai solat Isyak kami bergerak ke Nilai untuk bermalam di sana kerana pada keesokan harinya abah ada perjumpaan skuad 69 di PULAPOL,KL. Kami sampai lebih kurang jam 2 pagi...kami terpaksa singgah di Bangi untuk mengambil kunci rumah memandangkan anakanda tersayang, Fateh ditahan di wad kerana tonsilnya sudah bernanah..disebabkan sudah lewat malam kami akan melawat Fateh esok hari!

Keesokan harinya, kami bergerak awal terus ke hospital untuk melihat Fatah, malam semalam kami sampai hampir pukul 2 pagi...aksi fateh yang terkejut dengan kehadiran ramai peminat-peminatnya...tapi atuk jugalah yang menjadi pilihan hati..layan sikit gambar Fatehni...

Along juga berjaya mendukungnya, mungkin Fateh dah tahu lepasni Along
memang kena jaga baby dlm perut umminya..ahaks!!


ummi suka jer Fatehni, patutnya dia tak suka sebab ???...ha3..

fateh suka ummi dukung sebab dia dapat pegang duit..kan ummi??

sepupu sepapat yang sempat bergambar kenangan di hadapan wad Fateh duduki!!


Kami tinggalkan Bangi dengan rajuk Amira sebab kami terpaksa meneruskan perjalanan lagi. Haqim pun tak putus-putus bertanya kenapa kita tak pergi rumah Amira lagi??Seterusnya kami terus ke PULAPOL untuk menghadiri majlis skuad 69. Layan gambar-gambar di bawah ni...

Kain rentang mengalu2kan kehadiran kami tengah hari itu...

pentas utama yang dipenuhi dgn pelabagi acara

umm..sedapnya..makan apa tu?laksa

Haqim muka boring, nak makan pun nak kena ambil gambar dulu ke?he3..

bergambar kenangan dengan berlatar belakangkan kawasan di PULAPOL
bangga kerana ayahandaku seorang polis yang pernah berjuang di hutan mempertahankan negara.

Sham & Nua : Lepasni nak pergi mana pulak??

Mia jangan makan banyak-banyak tau, ummi xpe...
Abah asyik mengisi borang, seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama
yang sama-sama mempertahankan negara daripada dicerobohi musuh!
ayahanda yg sempat bergambar kenangan
(kata Abah : di sinilah tempat dia mula-mula melaporkan diri sebagai kadet polis,
pada masatu kawasan yang lapang dibanjiri dengan ribuan manusia..)

Along, haqim & Dhamia





Kami dah kenyang!!

Tamat sesi di PULAPOL. kami bergerak pula ke CHOW KIT!pergi ke kedai yg Ana dah jadi 'regular customernya' alhamdulillah diskaun giler-giler...dapatlah jugak aku & gee membelikan kain untuk anak2 sedaraku... agenda seterusnya kami ke SOGO...bestnya time to shopping!!



Sampai di SOGO kami cari makanan dulu, emm tentulah popia kegemaran!sedapnya...
lepastu barulah shopping..belikan hadiah hari bapa untuk ayahanda tercinta dan untuk suami...

Selepas itu bergerak ke SOMUAHOUSE (ejaan x tau betul ke x) shopping blouse dan singgah pulak ke kedai keronsang...seronok sungguh sampai kaki-kakiku sakit semua...
time to go home...walaupun penat tapi berbaloi-baloi apa yang diidamkan menjadi kenyataan...he3 lepasni bersedialah untuk membayar balik apa yang telah diperoleh!! ha ha ha....

2 comments:

Faina Arisya said...

tahniah wat umi dan sekeluarga.. semoga bertambah rezeki..

p/s : kak ty.. ambik award kat blog yer..

Cikgu Anuar said...

ambik award??mcmana?he3...