Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

12 September, 2009

Biskut Raya 2009

Mingguni semua hampir keseluruhan manusia yang beragama islam berada dalam mood raya. Persiapan raya tentu telah disiapkan memandangkan berapa hari lagi menjelang Hari Raya.

Semalam aku sempat menyiapkan 2 jenis biskut. Biskut Almond London dan Cornflakes Crunchy, tak taula sedap ke tak tapi untuk makan-makan bolehla. Tahunni terpaksalah buat kat rumah sendiri sebab sibuk dengan tugas-tugas rutin selepas peperiksaan. kalau buat di rumah mak ada juga pembantu seperti Kak Long, Kak ngah dan Along selain Penyibuk kecil aku (Haqim) sekarangni Mukhriz. Apa saja yang aku buat ada saja pertanyaannya. Apa yang menyeronokkan ialah anak aku dah pandai makan biskut, sikit-sikit nak makan. Jangan risau Mak Ngah akan bawa balik rumah opah, siapa nak mintak je ok! Almond London untuk Mira, Mak ngah akan asingkan, tunggu... Harini aku plan nak sambung lagi, tengok mood rajin macammana...

"Selamat Berbuka Posa" time berbuka yang betullah!


11 September, 2009

TKB dalam proses pengubahsuaian


Seperti orang lain gak, kami pun bila TKB dah dapat CF cita-cita untuk mengubahsuai rumah tercetus dijiwa. Tambahan pula, akuni tak suka dapur kecil tapi nak buat macamana, he he itu ja yang termampu! Tambah sikit itu dan ini huh hampir rm30 ribu...pening gak kepalani, tambah-tambah dekat nak raya..tapi terpaksalah kuar duit yang mana ada...yang xda tutup ja mata!
ni jelah yang mampu diubahsuai yang penting bahagian dapurnya!!



Bukannya tambah besar mana pun, sekangkang kera je,
tapi macamtu je, ribu-ribuan mahalnya!


panjang sikitla dapur aku!
ada ke kontraktor yang ubahsuai TKBni kata dapur dibina kecil sebab
rumahni standard orang yang suka makan kat luar, ke situ pulak...

jalan ke tempat makan yang telah diubahsuai, cantik x?

bawah tanggani pulak buat stor, blehla simpan barang-barang yang mana patut

Teratak Kasih Bersemi

Inilah Teratak Kasih Bersemi yang dimiliki sebagai tempat perlindungan kami sekeluarga. Bukan rumah banglo atau lot mewah hanyalah sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak ditengah-tengah. (bukan lot tepi) tetapi cukup bermakna dalam hidup kami suami isteri setelah melayari bahtera rumahtangga selama 6 tahun lebih...


pintu kayu disebelah kiri

pintu sliding kat sebelah kanan

tangga di tengah-tengah umah

dapur basah

tandas kat bilik utama

Hasrat untuk berpindah nampaknya tak dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana masalah-masalah tertentu...tunggu tahun depan je la!
Semoga Kebahagian dan keberkatan sentiasa melimpahi dalam kehidupan kami sekeluarga, amin!!

06 September, 2009

Rumah Ana

Ha ini pulak rumah adik aku Ana, rezeki dia dapat beli tanah lot, maka tersergamlah sebuah banglo mewah...diani walaupun bergaji sederhana tapi pandai jimat wo...ada je yang dia dapat save budget, walaupun kekadang time shopping terlajak gak..janji pek! he he he bak kata Jei.
Apapun memang rezeki dialah...

ok layan gambarla..
sekarangni dah pasang bumbung, kontraktor rumah diani memang cepat betul..
rasanya tak lama lagi siapla ni!


pandangan daripada belakang
itu tingkap dapur
ini ruang tamu, pintu nak masuk rumahlah tu!
Masa gambarni diambil belum pasang bumbung lagi
pandangan dari hadapan!
Pandangan rumah Ana daripada Jalan di hadapan rumah
Laluan ke dapur daripada luar
Inilah anak sulung adik aku, kami pergi tengok rumah, dia pulak
sempat jadi 'taiko' main pasir di hadapan rumah dia, tolak duit rayer!

Rumah oh rumah

Tahunni nampaknya masing-masing kena 'budget' untuk masuk rumah. Kami 3 beradik (Abang aku-Cha, adik aku-Ana, dan rumah aku sama-sama dalam proses, maka budget Raya tahunni pun terpaksa dijimatkan!

Ini rumah abang aku, diaorang sekeluarga x masuk rumah lagi memandangkan dia di Sabah sibuk mencari rezeki untuk anak-anak, tambahan Rayani..
Rumah dia banglo, nak masuk rumah pening-pening..katanya.
masa pergini kami pergi ke tiga buah rumah sekali bawa budak-budak, seronoknya diaorangni x terkata, itu nak pegang, ini nak pegang..adoi, tensionnya!

Lepasni jika nak berbincang semua kena tinggal!

Along dengan Insyirah main tolak-tolak pagar
ruang tamunya luas

dapur kering yang belum diubahsuai

tandas dalam bilik utama, cantikkan?

17 August, 2009

Selamat Hari Lahir Mukhriz Yang ke-2

Kesibukan dengan tugasan menyebabkan gambar ini agak lewat dimuat turun.

Hari Lahir anakku yang ke-2 ini ialah pada 07/07/2007, ramai yang teruja dengan tarikh kelahiran anak aku yang sorangni...bukannya dirancang semuanya kehendak Yang Maha Esa.
Semoga Muhammad Athir Mukhriz b Anuar, akan menjadi insan dan anak yang soleh serta berguna di dunia dan akhirat ! Amin

Gambar tak dapat disiarkan kerana masalah teknikal. nanti kalau aku sempat aku akan pertontonkan kepada semua. Peminat setiatu bawa-bawalah bersabo!

04 August, 2009

Dah beso dah

Al kisahni gambar terbaharu sebuah keluarga yang paling disayangi oleh kami sekeluarga. Lamanya tak berjumpa dengan diaorangni..sebenarnya anak-anak (2 org je) Kak Su ni emak aku jaga daripada kecil lagi..masatu pun adik yg bongsu dah tingkatan 1, jadi anak2 dia memang manjalah dengan kami, terutama Shazwan dan Shafiqah..yang lain-laintu tak berapa nak rapat.
Siap ada nama gelaran lagi 'Shoden' dengan 'Jabiqaqa" ntah apa-apa ntah!!gambarni baru diambil pada 1/08/09 baru-baruni, itupun diaorang sekeluarga singgah rumah mak..Kak su siap telefon aku lagi..rindunya..Khabarnya Shazwan dah tingkatan 1, malu-malu dan senyap ja..sedangkan sebelumni rumah maktu dialah raja..shafiqah plak suka senyum..he he he itu dulula sekarang akupun dah ada anak 2..
Padanlah lama Kak Su dan Abg Shukri menyepi, asyik berpindah-randah, dari Melaka ke Sarawak pastu kemana-mana lagi, cuma sekarangni kat Penang plak..tengoklah ada masa boleh pergi rumah diaorang!