Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

10 March, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ADIK

Majlis akad nikah dijalankan pada sebelah petang selepas asar jam 5.30 petang pada tarikh 6 hb Mac 2010. Majlis perkahwinan pada keesokan harinya 7 hb Mac 2010.















Semasa akad nikah - gabra ke dik??




















pengantin perempuan sabar menanti - dalam hati turut berdebar-debar















pada hari kenduri di sebelah perempuan















segak tampan, cantik menawan dua mempelai di atas pelamin



Semoga berbahagia ke akhir hayat!

02 November, 2009

KEISTIMEWAAN SEORANG WANITA


19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


ALHAMDULILLAH BERUNTUNG INSAN YANG MENJADI SEOARANG WANITA YANG SOLEHAH !

30 October, 2009

PERKARA-PERKARA MENJEMPUT BALA


Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:


1 - Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.

2 - Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.

3 - Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat/zakat diberikan sebagai pinjaman).

4 - Suami taat pada isteri.

5 - Anak mendurhakai ibunya.

6 - berbaik-baik dengan temannya (melebihi ibunya sendiri).

7 - (dan) menjauhkan diri dari bapanya.

8 - Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.

9 - Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.

10 - Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.

11 - Arak diminum di merata-rata tempat.

12 - Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).

13 - Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja. ( artis diberi anugerah melampau melebihi ulama’)

14 - Banyak muzik dimainkan.

15 - Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.


Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

---------------

27 October, 2009

PUNCA ANAK DERHAKA

permata hatiku


Siapa yang tidak menyayangi anak? Anak adalah permata hati yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Mereka perlu kita corakkan untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia mahupun akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" di mana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... .. bukan muka, punggung, telinga dan di tempat-tempat yang sensitif.... . itu salah...


"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.


Semasa umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka. Perkara yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Anak-nak boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah dan yang penting apabila ia balik ke rumah dia suka, dan pergi sekolah pun rasa seronok.


Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Ibu bapa boleh mencuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Hal inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepad kita...


Semoga anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat!Amin

26 October, 2009

Jalan-Jalan Cuci Mata

Ahad adalah hari untuk menghabiskan masa dengan keluarga setelah dari hari Rabu-Sabtu sibuk dengan kerja yang menuntut komitmen yang lebih. Kesian anak-anak banyak masa dihabiskan dengan pengasuh. Plannya hari Ahad, aku dan suami nak bawa diaorang jalan-jalan. Haqimlah terlebih gembira sebab dia dah tau tempattu macam mana.Mukhriz pun seronok jugak tapi dalam dunia dia sendiri ! Sambil 'jalan-jalan cuci mata' sempat jugalah membeli apa-apa yang patut. Lagipun duit hadiah birthday haritu tak sempat nak beli apa-apa lagi.

Mukhriz & Haqim bawa kereta ronda-ronda Megamall


seronok Mukhriz dapat naik gajah pusing

Haqim seronok sangat janji nak bawa jalan ditunaikan

kapalterbang anak gajah

keretapi chunggiton

sesekali bawa jalan-jalan, seronoklah anak-anak.

21 October, 2009

RUMAHKU RUMAHMU JUA

Gimik je tu!rumah aku rumah akulahkan?Rumah korang rumah korangle, manakan sama dengan rumah orang lain. Sebenarnya ada permintaan minta aku masukkan gambar terbaharu. aku pulak memang tengah sibuk, ni curi masa upload gambar untuk tatapan Jei. Layan yea...

ruang tamu

dry kitchen

pandangan dari dapur

wet kitchen

Tan n Yah di bilik tidur utama


antara tetamu yang datang menengok-nengok rumah


Yang akhirni, rumah kami, baru siap pasang grill, tapi banyak benda yang kami x puas hati dengan pemaju, doa-doalah semoga semuanya ok