Ulangtahun perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Haqiem

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mukhriz

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

FAYYADH

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

07 July, 2010

Jalan-jalan ke Nilai, Bangi, PULAPOL, SOGO....


Sabtu 3hb Julai 2010.

Hari Jumaat, seusai solat Isyak kami bergerak ke Nilai untuk bermalam di sana kerana pada keesokan harinya abah ada perjumpaan skuad 69 di PULAPOL,KL. Kami sampai lebih kurang jam 2 pagi...kami terpaksa singgah di Bangi untuk mengambil kunci rumah memandangkan anakanda tersayang, Fateh ditahan di wad kerana tonsilnya sudah bernanah..disebabkan sudah lewat malam kami akan melawat Fateh esok hari!

Keesokan harinya, kami bergerak awal terus ke hospital untuk melihat Fatah, malam semalam kami sampai hampir pukul 2 pagi...aksi fateh yang terkejut dengan kehadiran ramai peminat-peminatnya...tapi atuk jugalah yang menjadi pilihan hati..layan sikit gambar Fatehni...

Along juga berjaya mendukungnya, mungkin Fateh dah tahu lepasni Along
memang kena jaga baby dlm perut umminya..ahaks!!


ummi suka jer Fatehni, patutnya dia tak suka sebab ???...ha3..

fateh suka ummi dukung sebab dia dapat pegang duit..kan ummi??

sepupu sepapat yang sempat bergambar kenangan di hadapan wad Fateh duduki!!


Kami tinggalkan Bangi dengan rajuk Amira sebab kami terpaksa meneruskan perjalanan lagi. Haqim pun tak putus-putus bertanya kenapa kita tak pergi rumah Amira lagi??Seterusnya kami terus ke PULAPOL untuk menghadiri majlis skuad 69. Layan gambar-gambar di bawah ni...

Kain rentang mengalu2kan kehadiran kami tengah hari itu...

pentas utama yang dipenuhi dgn pelabagi acara

umm..sedapnya..makan apa tu?laksa

Haqim muka boring, nak makan pun nak kena ambil gambar dulu ke?he3..

bergambar kenangan dengan berlatar belakangkan kawasan di PULAPOL
bangga kerana ayahandaku seorang polis yang pernah berjuang di hutan mempertahankan negara.

Sham & Nua : Lepasni nak pergi mana pulak??

Mia jangan makan banyak-banyak tau, ummi xpe...
Abah asyik mengisi borang, seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama
yang sama-sama mempertahankan negara daripada dicerobohi musuh!
ayahanda yg sempat bergambar kenangan
(kata Abah : di sinilah tempat dia mula-mula melaporkan diri sebagai kadet polis,
pada masatu kawasan yang lapang dibanjiri dengan ribuan manusia..)

Along, haqim & Dhamia





Kami dah kenyang!!

Tamat sesi di PULAPOL. kami bergerak pula ke CHOW KIT!pergi ke kedai yg Ana dah jadi 'regular customernya' alhamdulillah diskaun giler-giler...dapatlah jugak aku & gee membelikan kain untuk anak2 sedaraku... agenda seterusnya kami ke SOGO...bestnya time to shopping!!



Sampai di SOGO kami cari makanan dulu, emm tentulah popia kegemaran!sedapnya...
lepastu barulah shopping..belikan hadiah hari bapa untuk ayahanda tercinta dan untuk suami...

Selepas itu bergerak ke SOMUAHOUSE (ejaan x tau betul ke x) shopping blouse dan singgah pulak ke kedai keronsang...seronok sungguh sampai kaki-kakiku sakit semua...
time to go home...walaupun penat tapi berbaloi-baloi apa yang diidamkan menjadi kenyataan...he3 lepasni bersedialah untuk membayar balik apa yang telah diperoleh!! ha ha ha....

23 June, 2010

Amalan dalam bulan Rejab

Berkongsi maklumat utk semua dan untuk diri sendiri.
Semoga kita mendapat manfaatnya, amin...
REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.


15 May, 2010

The reef apartment, Penang



Sesuatu yang tidak dirancang rupa-rupanya menjadi kenyataan dan kenangan 2010.
Bila adik ipar (Sham) mengajak kami turut serta bercuti bersama-sama mereka ke Pulau Pinang, kami bersetuju...tambahan pula bukannya jauh sangat dengan rumah kami.
Maklumlah kami terpaksa berjimat cermat memandangkan untuk melengkap kelengkapan rumah baharu kami...sekejap-sekejap terpaksa balik ke kampung untuk menguruskan itu dan ini, selain menunaikan tanggungjawab sebagai anak menjenguk ibu di kampung.

Sebelum tiba tarikh untuk pergi tiba2 tercetus idea untuk terus menjadikan percutian itu sebagai hari Keluarga 2010, kebetulan semuanya boleh beri komitmen..kecuali 2 keluarga dengan hal yang tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan, jadi The Reef Aparment menjadi saksi kami di sana...di sana...di sana!!! Antara gambar kenangan yang dapat dimuatkan dalam blog ini...



Inilah apartmen tu...ni baru balik dari mandi kolam


gambaran ruang dalam, pintu utama, dapur dan depan sikit ruang tamu
bilik utama, ada dua bilik tapi bilik yang satu lagi kecil sikit sesuai untuk atuk & opah


ni pulak koridor kat luar, budak2ni dah nampak kolam x sabar nak pergi mandi!!

yeh!yeh! kami nak mandi kolam (depan pintu lif)


aksi-aksi menarik di koalm mandi
gaya ibu bapa sewaktu pulang ke apartment





bergambar kenangan di the reef apartment


mia n mukhriz


ultraman bersaudara atas feri












21 April, 2010

Hebahan maklumat kpd keluarga...

Pada bulan April ini satu majlis bacaan yassin akan diadakan di rumah abang Nuar dan Bam...Jadi kami sekeluarga amat mengalu-alukan kedatangan semua ahli keluarga pada malam itu...Maklumat kenduri:
Masa: 7.30 mlm
Hari: Sabtu (Cuti hari pekerja)
Mai jangan tak mai...makanan dan tempat tinggal disediakan...